Setiap yang berlaku ada hikmahnya..
Tetapi, mampukah kita menahan rasa sedih, sebak, kecewa, simpati dalam hati?
Mulut ingin berbicara, tapi terkunci..
Kaki ingin melangkah, tapi kaku..
Tangan ingin mencapai, tapi ia menjauh..
Apa yang mampu kita lakukan?
Hanya doa?
Mungkin itu sahaja daya yang tinggal..
Itu sahaja kekuatan yang ada..
Itu sahaja yang mampu dilakukan selain daripada menitiskan air mata yang xberkesudahan..
Ya Allah, berikanlah kami kekuatan dan ketabahan hati..Tunjukkanlah kami jalan penyelesaian yang terbaik..Kepada-Mu kami memohon dan kepada-Mu jua lah kami meminta pertolongan..
No comments:
Post a Comment