Showing posts with label insaf. Show all posts
Showing posts with label insaf. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

Sakaratul Maut

Semalam aku tertidur sambil telinga ku didendangkan dgn lagu-lagu yg telah disimpan di dalam mp4 ku. Dari lagu-lagu berbahasa Inggeris ke lagu-lagu Melayu hinggalah lagu-lagu nasyid. Semuanya disimpan didalamnya. Oleh kerana terlalu asyik didendangkan dgn bunyi-bunyian merdu di telinga, aku pon tertidur. Sangat nyenyak. Lagu-lagu yg merdu td sudah tidak didengari lagi oleh telinga. Roh ku sudah pon meninggalkan jasadku untuk mengembara di alam mimpi. Seketika kemudian, aku terdengar suara jeritan. Ya. Suara jeritan kepunyaan seorang lelaki. Suara yg menjerit dalam ketakutan.

“TIDAKKKKKKKK!!!! TIDAKKKKKKKKK!!!! TIDAAAAAAKKKKKK!!!!”.

Sangat kuat. Dan berkali-kali. Aku membuka mata. Jantung ku berdegup kencang kerana terkejut dgn jeritan lelaki tersebut. Aku melihat sekeliling. Aku masih di dalam bilik ku. Earphone masih di telinga. Tahu lah aku rupa-rupanya suara lelaki tersebut datangnya dr lagu yg disimpan di dalam mp4 ku. Cepat2 aku mematikan mp4 ku. Lampu bilik aku padamkan untuk menyambung tidur ku yg terganggu sebentar td.

.............................................

Di saat ini, tatkala aku menyiapkan kerja-kerjaku yang tertangguh sambil diiringi lagu-lagu dr laptopku, mata ku terasa amat berat. Hampir terlena aku dibuatnya. Lalu aku meletakkan kepala di atas meja dgn niat mahu merehatkan mata barang seminit dua. Hampir saja aku melelapkan mata, tiba-tiba kedengaran suara yg sangat lantang dan amat menakutkan.

“SAKAAAARATULL MAUUUUUUUUUUUUUUUTTTTTT!!!!!!”.

Hah!! Ya Allah. Sesungguhnya aku amat-amat terkejut dan juga ketakutan. Lantas aku menutup suara laptop dan melihat pop-up dr media player – Sajak Sakaratul Maut. Dengan pantas juga otakku teringatkan suara jeritan semalam. Mujur semalam aku hanya mendengar suara jeritan ketakutan lelaki tersebut dan bukan suara Sakaratul Maut. Jika suara Sakaratul Maut yg kudengar semalam, nescaya rakan-rakan serumahku akan mendengar jeritan ketakutan ku.


Hati says: Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu..Namun xupaya untuk menanggung siksa nerakaMu. Kurniakan ku taubat dan ampunkan dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau lah Pengampun dosa hambaMu.



Tuesday, July 27, 2010

The Punishment

ayah saya pernah berkata kpd saya dahulu,
" rs sakit itu menghapus dosa-dosa kecil, Allah bg kita rs sakit supaya kita igt kpd - Nya, kita x alpa dgn duniawi "

saya rs saya dlm proses penghapusan dosa-dosa kecil sbb saya rs sakit...
rs sakit saya ini tlh mengingatkan saya ttg dosa2 hati yg telah saya lakukan sblm ini...


“Ketahuilah di dalam jasad manusia terdapat seketul daging, jika baik ketulan itu maka baiklah seluruh jasadnya, tetapi jika rosak maka rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah ia adalah hati.”



Hati says : wahai gadis, sila lah jaga sy dgn sebaik mungkin....