Wednesday, October 26, 2011

Pecahkan Tembok Itu, Sayang


Kau masih disitu

Dan akan tetap disitu

Sampai bila-bila pun

Jika,

Tembok penghalang di hadapan mu itu tidak kau pecahkan

Cuba lihat disebelah sana tembok batu itu

Ramai yang menunggumu disana

Semuanya mengharapkan kau turut berada di sebelah sana bersama-sama mereka

Semuanya mengharapkan kau dapat pecahkan tembok itu

Semuanya menaruh harapan yang tinggi kepadamu

Jadi,

Pecahkanlah tembok batu itu

Pecahkan!

Percayalah, sekeras mana pun tembok itu

Ia pasti jua akan runtuh

Tukul sudah di tanganmu

Hanya perlu dihanyunkan sahaja ke tembok itu

Ia akan runtuh

Hanya jika kau mahu ia runtuh..


** Harapan setinggi gunung...


Sunday, October 16, 2011

Yakinlah Kepada-Nya

Ada yang kabarkan kepada saya, hujan sudah berhenti..
Oh, alangkah indahnya rasa mendengar kabaran itu..
Hati kembali berbunga, dada sudah terasa lapang..
Namun, masih ada kerisauan dihati..
Takut-takut hujan lebat kembali bersama ribut lagi..

Dia Yang Maha Berkuasa...
Dia Yang Maha Mengetahui..
Dia Yang Maha Pengasih..
Dia Yang Maha Penyayang..
Yakinlah kepada-Nya.


**Sudah boleh senyum sedikit.



Monday, October 10, 2011

Tuhan, beri aku kekuatan..


Setiap yang berlaku ada hikmahnya..
Tetapi, mampukah kita menahan rasa sedih, sebak, kecewa, simpati dalam hati?
Mulut ingin berbicara, tapi terkunci..
Kaki ingin melangkah, tapi kaku..
Tangan ingin mencapai, tapi ia menjauh..
Apa yang mampu kita lakukan?
Hanya doa?
Mungkin itu sahaja daya yang tinggal..
Itu sahaja kekuatan yang ada..
Itu sahaja yang mampu dilakukan selain daripada menitiskan air mata yang xberkesudahan..



Ya Allah, berikanlah kami kekuatan dan ketabahan hati..Tunjukkanlah kami jalan penyelesaian yang terbaik..Kepada-Mu kami memohon dan kepada-Mu jua lah kami meminta pertolongan..

Friday, July 15, 2011

Its All About You



I love to talk to you..
I love the way you talk to me..

I love to make you happy..
I love the way you make me happy too..

I love to be nice to you..
I love you being sweet and nice to me..

and..
I love to be by your side..forever,
as a friend
(its the only way I can always there for you)




Tuesday, July 12, 2011

Kepada: Beliau, Dari: Saya


Lately saya asyik teringatkan beliau..teringatkan kisah pendek
saya dan beliau..teringatkan keakraban saya dan beliau..tp, saya juga teringatkan perbuatan saya terhadap beliau..teringatkan betapa salahnya saya terhadap beliau..teringatkan jurang yg saya ciptakan antara saya dan beliau..

Kepada beliau, maafkan saya..


**oh, tegarnya hati ketika itu..sampai hati..

Tuesday, July 5, 2011

Kita Ini Sahabat


Semalam, seorang sahabat rapat telah mengadu dan meluahkan perasaannya terhadap seseorang. Katanya sudah mempunyai seseorang tetapi jatuh sayang kepada kenalan yang baru dikenali. Oh sahabat, jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Tetapi, nasihat Si Gadis, tidak salah untuk berkawan, sekadar untuk mengenali hati budi. Setelah itu barulah kita tahu sama ada seseorang itu serasi dengan kita ataupun tidak. Tanpa diduga, si sahabat mengatakan sesuatu kepada Si Gadis. Baginya Si Gadis amat memahami nya. Tapi sahabat, "kadang2, kerana dia seorang kawanlah dia memahami kita..kalau dia menjadi lebih dari seorang kawan, belum tentu dia akan memahami kita sebagaimana sekarang.."



Monday, July 4, 2011

Syukur



Syukur

Syukran Ya Allah

Terima kasih Ya Allah

kerana telah menyedarkan hamba-Mu ini...



Yang ada ini sudah harapan kita [Hamka]