Kadangkala ia memedihkan apabila kata-kata yg dikeluarkan mengikut perasaaan amarah
Kadangkala hati memberontak apabila memikirkan perkara yg berlaku itu tiada salahnya.
Mungkinkah usia muda kita menjadi penyebab kita tidak pandai memikirkan perasaan orang sekeliling?
Atau pun,
Mungkinkah usia muda kita menjadi penyebab kita terlalu bodoh untuk menilai perkara baik dan buruk?
Dan,
Adakah usia matang kita menjadikan kita seorang yang pandai menjaga hati orang sekeliling?
Dan,
Adakah usia matang kita mampu menilai seseorang dengan tepat?
Dan,
Adakah usia matang kita membenarkan kita melabelkan kebaikan dan keburukan seseorang mengikut andaian kita?
Adilkah jika kita mengikut perasaan amarah tanpa mengetahui keadaan sebenar?
Adilkah jika kita membenarkan andaian baik/buruk menguasai fikiran tanpa mengetahui keadaan sebenar?
Adilkah jika kita mengikut perasaan amarah tanpa memikirkan perasaan orang sekeliling?
Adilkah jika kita hanya mahu orang sekeliling mengikut kehendak dan rentak kita?
Adilkah jika niat baik seseorang disalahertikan?
Adakah kita selalu memandang remeh terhadap sesuatu perkara?
Atau pun,
Terlalu membesarkan sesuatu perkara kecil?
Mungkin juga,
Kita paranoid?
Atau pun,
Hanya ingin berhati-hati?
No comments:
Post a Comment