Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa~



Dia masih setia menanti disitu. Tetap disitu. Di tepi pohon ceri yang rendang di tepi jalan. Tidak berganjak. Seawal jam 9.30 malam dia sudah berada disitu. Walaupun gelap dan hanya disinari cahaya bulan yang samar-samar, dia tidak kisah. Sesekali dia mengelap muka dengan tuala kecil yang dibawanya. Peluh barangkali. Udara malam yang tidak bergerak. Tiupan angin yang tidak terasa. Mana mungkin dia berasa sejuk walaupun pada waktu malam.

Minit berganti minit. Matanya mulai merah. Sekali-sekali dia menguap lalu menampakkan beberapa batang gigi yang masih tinggal. Mengantuk. Namun digagahkan juga untuk menunggu disitu. Dia memerhati setiap kenderaan yang melintasinya. Hatinya hampa melihat tiada kenderaan yang berhenti. Dahinya berkerut risau. Jelas kelihatan kedut-kedut disekitar dahi dan matanya. Dia menunggu lagi...

Jam sudah menunjukkan 10.45 malam. Orang yang dinanti masih tidak muncul-muncul. Namun dia masih lagi setia disitu. Sungguh! Masih disitu. Tidak berganjak. Tiada siapa yang menyuruh. Tiada siapa yang mengarah. Malah, memaksa pun tidak. Dia sendiri yang mahu menunggu disitu. Dia sanggup. Walau apa pun dia rela!


****


** To ayah, Selamat Hari Bapa. Whatever i've been doing. Whoever i am today. Whoever i will be tomorrow. I just knew I loved you....

Friday, June 17, 2011

Itu Sahaja kah??


"Hello..Assalamualaikum..Tgh buat apa tuuu??Dah habis ganti puase blom??Saje je nak ingatkan bulan puase dah nak dekat.ok byee"

Letak telefon.



Erk! Tu je???

Sunday, May 29, 2011

Kehilangan

Dia berteleku di satu sudut di dapur. Sudah agak lama dia disitu. Semenjak tengah hari tadi hingga sekarang. Airmatanya sudah kering. Tangan sudah tidak berdaya untuk diangkat Kakinya sudah longlai untuk berjalan. Hatinya meruntun sedih dan pedih. Sedih berasa kehilangan orang yang disayangi. Sedih kerana kehilangan satu-satunya sumber kekuatan hatinya. Sedih mengenangkan nasibnya. Serasa tidak mampu malah tidak sanggup untuk memikirkan bagaimanakah kehidupannya selepas ini. Walaupun dia masih punya kakak, abang, adik dan saudara – mara, namun dia seperti sebatang kara di dunia ini. Tiada yang peduli, tiada yang ambil kisah, tiada yang menghargai. Jika dahulu dia tidak kisah kerana masih punya ibu yang menjadi kekuatan hati, tetapi sekarang dia tidak pasti sama ada dia masih boleh kuat seperti dahulu.


Al-fatihah buat armarhum ibu saudara, semoga roh nya ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan dirahmati Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih dan Penyayang


Tuesday, May 10, 2011

Ini Betul2 Punyaa~


"Ini bukan cobaaaannnn..Ini betul-betulll!!!!!!"

Ya, hari ini ia bukan lagi cubaan. Ia betul-betul. Akhirnya, setelah menunggu selama 2tahun saya dah xperlu lagi menampal pelekat P. Ini betul-betul!



Hati says: Gmbr lesen nmpk lesen matang dr usia sbnr... *sigh*

Thursday, April 21, 2011

Emosi Lagi


saya emosi lagi....
sangat...
sangat emosi...

Emosi

Kadangkala ia menyakitkan apabila ia melibatkan orang-orang yg disayangi
Kadangkala ia memedihkan apabila kata-kata yg dikeluarkan mengikut perasaaan amarah
Kadangkala hati memberontak apabila memikirkan perkara yg berlaku itu tiada salahnya.

Mungkinkah usia muda kita menjadi penyebab kita tidak pandai memikirkan perasaan orang sekeliling?
Atau pun,
Mungkinkah usia muda kita menjadi penyebab kita terlalu bodoh untuk menilai perkara baik dan buruk?

Dan,

Adakah usia matang kita menjadikan kita seorang yang pandai menjaga hati orang sekeliling?
Dan,
Adakah usia matang kita mampu menilai seseorang dengan tepat?
Dan,
Adakah usia matang kita membenarkan kita melabelkan kebaikan dan keburukan seseorang mengikut andaian kita?

Adilkah jika kita mengikut perasaan amarah tanpa mengetahui keadaan sebenar?
Adilkah jika kita membenarkan andaian baik/buruk menguasai fikiran tanpa mengetahui keadaan sebenar?
Adilkah jika kita mengikut perasaan amarah tanpa memikirkan perasaan orang sekeliling?
Adilkah jika kita hanya mahu orang sekeliling mengikut kehendak dan rentak kita?
Adilkah jika niat baik seseorang disalahertikan?

Adakah kita selalu memandang remeh terhadap sesuatu perkara?
Atau pun,
Terlalu membesarkan sesuatu perkara kecil?

Mungkin juga,
Kita paranoid?
Atau pun,
Hanya ingin berhati-hati?

Sunday, April 17, 2011

Teman

kakak sulung sy menasihati sy..
jgn keluar berseorangan..perlu ada teman..
semua ini gara2 lelaki yg xdikenali dan xpaham bahasa itu..


Hati says: Wlupon selalu keluar berseorangan tp Allah dah sediakan sy dgn peneman kanan dan kiri..Alhamdulillah.Syukur Ya Allah.


Friday, November 12, 2010



LIFE IS ALL ABOUT WAITING FOR OTHERS.
NO WAITING, NO MORE LIFE.





Hati says: im sick of it.



Wednesday, October 20, 2010

Ohhh~

saya kereta kecil
anda kereta besar
tp,
xperlu lah begitu
pg2 dah buat saya men-sampah!!~



Hati says: pagi ne masih berjerebu...



Tuesday, October 12, 2010

I Just Need It...

I just need some motivation..

Actually i need more motivation to keep me running till the end..

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi hari-hari mendatang..

Friday, October 8, 2010

Idola Saya Kecik2 Dulu

td lepas balik makan aku singgah kedai beli honeystar ngn soya bean..
honeystar skrg ne harganya RM5.90 utk 150g (mahai gilaa!!)...
dulu2 klu 150g ne harga dia dlm RM4.++ ja..hurm~

aku igt gih dulu2 ms nestle baru keluarkan produk honeystar neyh..
aku suka sgt iklan dia..
aku sgt suka dgn captain star sbb dia boleh terbang dan makan bintang2 (mmg tere la boleh makan bintang)..

nak dijadikan cerita suatu petang tu aku p kedai ngn mak and kakak aku shopping barang2 dapoq kt kedai Pak Busu..tb2 ternampak kotak kale biru dengan angkasawan bersama bintang2 nya..

aku pon dgn excited nya,

"kak bam..kak bam..captain star!!!mak nak captain star..nak captain star..!!"

tb2 kakak aku bisik kt aku,

"bukan captain star...honeystar laaa..."

terbantut niat aku nk beli sbb maluuu~

Sunday, September 12, 2010

Syawal Yang Mulia

[ini adalah entri raya]
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Batin!!!~
waahhh2..hari raya ke-3 br nk wish raya..hehe..
tp xpala kan, raya kan sebulan..
so,29 Syawal nati pon still blh wish raya lagi.. =)


sudah jd adat@budaya@kebiasaan kita akan saling bermaafan bila menjelang bulan Syawal ni..semua pakat2 hntr sms raya penuh dgn kata2 maaf (dgn harapan dosa dan kesilapan yg tlh dilakukan akan dimaafkan)..mmg menjadi lumrah dan fitrah org yg meminta maaf mempunyai harapan setinggi gunung semoga dosa dan kesilapan yg dilakukan nya akan dimaafkan.tp, mcm mn pulak dgn org yg menerima maaf tu?adakah beliau sudi memaafkan dosa2 tersebut..mungkinkah beliau masih terasa@berkecil hati dgn kesilapan lalu?ya, org sekeliling akan berkata "buangla yg keruh..ambik la yg jernih.." org yg baek2 sket pulak akan kata, "..sedangkan Nabi ampunkan umatnya..ini kan pula kita manusia biasa.." haaa, tedia..tp, berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul...kita yg terkena, hanya kita saja yg rasa..wlubgimanapon, saling memaafi sesama insan adalah satu perbuatan yg amat mulia..jika kita masih boleh memaafkan seseorg, marilah kita ambil peluang ini utk bermaaf-maafan..
Sekian...



[ini bukan entri raya]
sbnrnya,aku ada dpt message di fb dr seorg rakan lama..rakan???hmm...rakan..lama...yes..
message yg mengandungi kata2 maaf dan penyesalan beliau atas tindakan melampau yg pernah dilakukan di suatu masa dahulu..luahan seseorg yg merasa sakit apabila kehilangan kwn, luahan seseorg yg tidak tenang hidup di dlm penipuan disebabkan keegoan dan xmahu menerima kesilapan sendiri...apa perasaan aku???jujur aku katakan, aku tidak merasa apa2..mgkn kah disbbkan keegoan aku???ntah laa..tp, aku mengaku jauh di sudut hati aku, aku gembira jika beliau benar2 sudah berubah..berubah menjadi seseorg yg lbh baik..mgkn lbh baik dr aku..sbnrnya, aku juga kagum dgn keberanian beliau meminta maaf utk kesekian kalinya wlupon hati aku masih ragu2 dgn nya (sbb dah pernah terkena thn lps..mntk maaf pastu kena maki plk..)

hmm,nk kata sakit, hati mmg sakit...terasa, hati mmg sgt2 terasa...kecewa, mmg kecewa bila dia adalah kawan baik kita...(hmm,sakit dgn perkataan 'kawan baik')..utk menerima maaf beliau, aku percaya hati aku masih boleh memaafkan beliau dan mengharapkan yg terbaik utk beliau tp, cuma ada satu perkara yg dilakukan ibu beliau yg sukar utk aku maafkan..





Hati says : *nak nanges*

Tuesday, August 31, 2010

Hari ini...

saya sgt suka hari ini..
saya membasuh baju hari ini..
saya berjalan-jalan hari ini..
saya menghabiskan duit dgn banyak nya tanpa berfikir panjang hari ini..
saya rasa seronok hari ini..
saya rasa lapaq hari ini..
saya rasa lapang hari ini..
saya rasa lega hari ini..
saya rasa penat hari ini..



Hati says : shopping adalah terapi apabila kita menghadapi tekanan hidup..tp shopaholic adalah satu penyakit mental yg patot dihindari...








Saturday, August 28, 2010

saya buat kuih xsedap!!~

hr ne for the first time in my life aku buat sniri kuih buah melaka..tringin nk makan weyy!! tmbh plak aku mmg xbrp suka sgt kuih muih yg beli kt kedai..dok besa mkn kuih muih yg mak aku buat ja..huhu~

so, utk dptkan resipi buah melaka aku pon call mak aku tnya mcm mn nk buat..bhn2 dia; tepung pulut, gula basikal gerek, ayaq..tu ja..hmm, senang ja rupanya nk buat diaa..kacang ja nk buat neyh~

tgh dok buat buah melaka td, tringat plak menu bkak posa kt rmh..mak msk itu,sedap.. mak msk ini,sedap.. mak msk kuih tu,sedap.. mak msk kuih ini..sedap..pendek kata suma nya sedaplah!! xdak yg xsedap.ok.amek hati mak.. *senyum*

tb2, aku tersedaq yg aku dah lama xmkn masakan mak (tacing)..last mkn mskn mak time posa ke 4 hr tu (lama nyaaaa la sgttt~)...haha. klu di pikiaq2 blk kan, dah ber-umoq 24thn ne (muda lg ok?) boleh kira ngn jari ja brp kali aku mkn masakan mak klu nk compare dgn ms dulu2..ya laa, ddk jaoh nun di perantauan (johor ja pon..bkn kt india)..huhu~

dulu ms kecik2 tiap2 hr mkn mskn mak..pagi..tgh hr..petang..mlm..hari-hari skolah..hari-hari cuti..setiap masa mkn masakan mak..tu pon selalu dok ajak mak ayah p mkn kt luaq..dgn alasan "nasi goreng kt kedai tu sedap..." "nk minum ayaq laici kt kedai tu.." "ayah,nasi mamak tu sedap laa..esok pg ayah beli la lg..." ...tp bila mak buat nasi goreng paling sedap yg dia boleh buat, mkn 2 3 sudu ja..bila ayah beli laici tin bok blk rmh buat, xdak sapa pon nk minum..hurm~

tp skrg ne, bila dah besaq..ddk jaoh dr family..jaoh dr mak ayah..br la tringin nk mkn mskn mak...nasi goreng mak la yg paling sedapkt dunia..ayaq laici ayah la yg plg best di muka bumi...nasi goreng kedai tu xsedap ponn..ayaq laici kedai dpn tu tawaq hebiaq!! haa,tudiaa..itu lah manusia, payah utk menghargai apa yg dia miliki...

p/s : buah melaka dah siap dan boleh dimakan..tp, awat mcm xsedap?? adakah sbb aku xdak bakat memasak lgsg??? *sigh*



Hati says : hr ne mak masak kueh lopeh...sedapnyaaa!!!~







Tuesday, August 17, 2010

Ceritera Ramadhan

Td aku jenjalan kt be-lok beberapa org kwn aku..semuanya ada entri pasai Ramadhan..they're welcoming Ramadhan..aku???i'm welcoming Ramadhan in different way...ahahah!! dah lama xupdate be-lok dan xdak pon entri ceritera di bulan Ramadhan..tp, skrg aku dlm usaha menulis ceritera di bulan Ramadhan aku di kampong halaman..lalalala~

Day 1:

Sebenaqnya aku br ja blk dr kampong halaman..weekend hr tu aku blk kampong bersama kakanda terchenta aku..seronok rs nya dpt blk posa kt rmh...rs mcm nk balek raya!!! (over kott..hehe..) kami bertolak hr jumaat dlm pukoi 11.30 lepas aku abes meeting dgn org2 ku-at opis aku..kami smpi bm ngam-ngam-ho org azan maghrib..wlupon xsempat berbuka kt rmh, share kami ttp menanti dgn penuh sabar di atas meja...hehe.

Sesampai nya kt rmh, mula2 skali aku beramah mesra ngn anak menakan aku, pina..syiokk sembang ngn dia tau..

gadis : pina...pina posa dak hr neyh??
pina : dak...xposa...
gadis : paseipa pina xposa??suma org posa...
pina : ha la..pina kecik lg..xpayah posaaa~
gadis : hahaha (boleh-la diterima jwpn tuh)...td bukak posa mkn apa??
pina : makan nasik...makan bihun sup...makan kueh mak-tok masak...
gadis : kueh??mak-tok masak kueh apa???
pina : alaa...kueh tuu..kueh mak-tok masak tuu...
gadis : ya laa..mak-tok masak kueh apa??
pina : kueh tuuu..yg mak-tok masak atas meja masak tuuu...
gadis : meja masak?????!!!

adoi-yaii...budak ini..dapoq dipanggilnya meja masak...ahahaha!!! bo-leh-laaaa diterimaa~


Day 2:

Hari Sabtu. first day posa kt rmh...tgh2 hri aku kna p amek adik aku kt skolah..br abeh tuition..xberani nk bwk qeta sorg2, aku pon ajak la pina teman (bajet blh jd lebih berani klu bwk bdk kecik teman)...dlm qeta ada shawl aku kt tmpt ddk blkg...

pina : mak iti...ni sapa punya kain org mati ni???
gadis : haaa???? kain org mati???
pina : haa..niii...sapa punya kain org mati ni??
gadis : haih!! tu bkn kain org mati..tu selendang laa.... (dlm hati bkn maen risau dah..ada mcm kain batik lepas ka shawl aku tuh???)
pina : selendang???sapa punya??mak iti punya ka??
gadis : haa..mak iti punya..
pina : oo..mak iti mati kaa????
gadis : hoh???!!! chooyyy!!! (terkujat mak tau!!! molottt~)


ada rupa mcm kain batik lepas ka??? alaaa...ckp la dakkk...huhuh~


Hati says : jgn la berimaginasi tggi sangat sayang oii....




Saturday, July 31, 2010

Lone Ranger

Button drain mesin bsh patah (lagi)...hai-laaa~ lps smayang asar aku pon memulakan misi mencari kedai yg juai button drain tu..satu pt raja aku tawaf..dr kedai ke kedai aku msk..setiap nama org kt pt rja yg dlm phone suma aku call..selama 1jam stgh misi pencarian aku, dah byk tempat aku p suma tadak.. *sigh*

Kedai 1st : kedai alat2 elektrik sblh shell..aku p tnya depa kata xdak juai..bila mntk sajesyen, depa sengih dan geleng2 pala..xpuas hati aku tnya lg..last2 depa soh p tnya kt kdi elektrik kt bgnn minang...haa, ternganga aku bila depa soh p tnya kt ctu..garu pala sat bila pikiaq tang mn bgnn minang tu..last2 depa habaq kt pian gelas besaq..ooo.ckp la siang2 kt ctu..aku pon p la kt bgnn tersebut nk tgk kdi yg depa dok kata tu..tp aku lg curious nk tgk pasai pa depa kata tu bgnn minang..smpi2 kt ctu br aku perasan bumbung dia adalah bumbung minang!! Adoiyai.selama 4thn aku kt cni dan beberapa puluh kali aku lepak ctu, aku xpenah perasan pon bumbung dia tu bumbung minang..

Kedai 2nd: kedai @ boleh dikategori sbg rumah repair mesin bsh..odw nk p kt rmh tu mmg menyeramkan.. lalu kot jln ke sg apa-ntah-nama-nya..tb2 tringat crita yg bkn2.. pastu msk hutan simpan sket..nsb ada qeta kt blkg..klu x mmg pth blk..jln pnya jln jmpa la kedai @ rumah repair mesin bsh tu..smpi2 owner dia tadak plakkkk..yg ada his wife and kids..tp nk habaq maii....kerek gila!!! Hello~ repair-mesin-basuh-saja.ok.sadap.

Kedai 3rd : ne kedai yg di warning oleh bb sbb dia dah p maqin..tp disebabkan ketegaq dan nk try n error, aku p la jgk..xkecewa la sgt sbb dah tau kt ctu tadak.

Kedai 4th : disebabkan dah tadakk idea nk cr kt mn..aku pon dail no sorg student master yg aku br kenai..nasib baek la jgk dia knai aku..klu x maluuu~ dia sajes kedai repair tv&mesin bsh kt sblh avon..aku pon p..malang nya tadak jugak menda alah yg aku cr..dia sajes aku p tnya kt kedai logam dpn one stop..ok.thanks.

Kedai 5th : kedai logam yg kt dpn one stop.p tnya, xdpt jgk membantu..ok.penat ja bejalan dr kedai avon ke kedai logam tu..

Kedai 6th : akhir nya!!aku p wellward..bkn sbb nk cr menda alah tu..tp sbb nk beli toiletteries sebarang dua..ahaha!!~

Kedai 7th : kedai nasi lemak kerang...kt ctu aku pon meringankan mulut tnya kt kakak tu..finally, ada sinar harapan sbb husband dia ada mbe yg blh repair mesin bsh..dia bg no phone srh kontek..fiuu~ Alhamdulilah....

Wuishh..byknya kedai aku p..dasat..lone ranger..tp sronok sbb byk perkara yg terjadi yg mbuatkan aku nk gelak kuat..mcm td, aku nk call org laen tp tercall org laen..dah tnya mcm2 and msg 2 3 br aku sedaq aku da salah org!!! Adoi..ptt la dia mcm blur bila aku tnya kedai repair mesin bsh kt pt raja...adoii..tu laa..gelojoh sgt!!
Ok.aku dah letih..daaa~




Hati says : 30% pulih...



Monday, June 28, 2010

Nama apa??? Keja apa???

mlm td gadis dinner ngn Su-Su (dia teman saja) kt Pop Cook around 2240.tgh dok borak2 sakan tb2...

lelaki: #$#$% (bebel apa ntah..xpaham) ..nama apa??nama apa???Bilal Kassim..

gadis: (terkujat smbl tgk rokok yg berasap tuh dekaaatt sgt ngn muka)

lelaki: oii..nama apa??oii..nama apa??? (smbl tolak2 lengan gadis) nama apa??? (muka mcm nk
marah)

gadis: Bi..lal...Kassim... (gadis jwb jgk sbb takot kena ketok kepala ngn lelaki tuh)

lelaki: haaa (dah cool down sket) ...keja apa???pooliss...keja apa???keja apa???

gadis: poliss (slow gila gadis jwb)

lelaki: haa...$%^%&^ (bebel lg smbl move to meja blkg) ..

gadis: (pandang Su-Su) jom balik....



Hati says : mak dah pesan..ayah dah bilang..jgn keluar malam..ketegaQ.