Sunday, May 29, 2011

Kehilangan

Dia berteleku di satu sudut di dapur. Sudah agak lama dia disitu. Semenjak tengah hari tadi hingga sekarang. Airmatanya sudah kering. Tangan sudah tidak berdaya untuk diangkat Kakinya sudah longlai untuk berjalan. Hatinya meruntun sedih dan pedih. Sedih berasa kehilangan orang yang disayangi. Sedih kerana kehilangan satu-satunya sumber kekuatan hatinya. Sedih mengenangkan nasibnya. Serasa tidak mampu malah tidak sanggup untuk memikirkan bagaimanakah kehidupannya selepas ini. Walaupun dia masih punya kakak, abang, adik dan saudara – mara, namun dia seperti sebatang kara di dunia ini. Tiada yang peduli, tiada yang ambil kisah, tiada yang menghargai. Jika dahulu dia tidak kisah kerana masih punya ibu yang menjadi kekuatan hati, tetapi sekarang dia tidak pasti sama ada dia masih boleh kuat seperti dahulu.


Al-fatihah buat armarhum ibu saudara, semoga roh nya ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan dirahmati Yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih dan Penyayang


No comments:

Post a Comment