Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa~



Dia masih setia menanti disitu. Tetap disitu. Di tepi pohon ceri yang rendang di tepi jalan. Tidak berganjak. Seawal jam 9.30 malam dia sudah berada disitu. Walaupun gelap dan hanya disinari cahaya bulan yang samar-samar, dia tidak kisah. Sesekali dia mengelap muka dengan tuala kecil yang dibawanya. Peluh barangkali. Udara malam yang tidak bergerak. Tiupan angin yang tidak terasa. Mana mungkin dia berasa sejuk walaupun pada waktu malam.

Minit berganti minit. Matanya mulai merah. Sekali-sekali dia menguap lalu menampakkan beberapa batang gigi yang masih tinggal. Mengantuk. Namun digagahkan juga untuk menunggu disitu. Dia memerhati setiap kenderaan yang melintasinya. Hatinya hampa melihat tiada kenderaan yang berhenti. Dahinya berkerut risau. Jelas kelihatan kedut-kedut disekitar dahi dan matanya. Dia menunggu lagi...

Jam sudah menunjukkan 10.45 malam. Orang yang dinanti masih tidak muncul-muncul. Namun dia masih lagi setia disitu. Sungguh! Masih disitu. Tidak berganjak. Tiada siapa yang menyuruh. Tiada siapa yang mengarah. Malah, memaksa pun tidak. Dia sendiri yang mahu menunggu disitu. Dia sanggup. Walau apa pun dia rela!


****


** To ayah, Selamat Hari Bapa. Whatever i've been doing. Whoever i am today. Whoever i will be tomorrow. I just knew I loved you....

2 comments:

  1. sedih..
    selamat hari bapa to all bapa in this world. :)

    ReplyDelete
  2. aku pon sedih tgk beliau..setiap malam beliau menunggu disitu..

    ReplyDelete