Tuesday, July 5, 2011

Kita Ini Sahabat


Semalam, seorang sahabat rapat telah mengadu dan meluahkan perasaannya terhadap seseorang. Katanya sudah mempunyai seseorang tetapi jatuh sayang kepada kenalan yang baru dikenali. Oh sahabat, jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Tetapi, nasihat Si Gadis, tidak salah untuk berkawan, sekadar untuk mengenali hati budi. Setelah itu barulah kita tahu sama ada seseorang itu serasi dengan kita ataupun tidak. Tanpa diduga, si sahabat mengatakan sesuatu kepada Si Gadis. Baginya Si Gadis amat memahami nya. Tapi sahabat, "kadang2, kerana dia seorang kawanlah dia memahami kita..kalau dia menjadi lebih dari seorang kawan, belum tentu dia akan memahami kita sebagaimana sekarang.."



Monday, July 4, 2011

Syukur



Syukur

Syukran Ya Allah

Terima kasih Ya Allah

kerana telah menyedarkan hamba-Mu ini...



Yang ada ini sudah harapan kita [Hamka]


Wednesday, June 29, 2011

Gelabah La Lu Minah!!!~

just take it lahh..its a gift..from ur close friend..rite?

nope! its not just a gift..

hoh?? ya meh???

ya laaa...there's something hidden..

no lahh...its beautiful~ just take it lah!!!

yup..its beautiful..but, im still hesitate to accept it..what if its really have something hidden?

urrghh..gelabah la lu minah!!!~


Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa~



Dia masih setia menanti disitu. Tetap disitu. Di tepi pohon ceri yang rendang di tepi jalan. Tidak berganjak. Seawal jam 9.30 malam dia sudah berada disitu. Walaupun gelap dan hanya disinari cahaya bulan yang samar-samar, dia tidak kisah. Sesekali dia mengelap muka dengan tuala kecil yang dibawanya. Peluh barangkali. Udara malam yang tidak bergerak. Tiupan angin yang tidak terasa. Mana mungkin dia berasa sejuk walaupun pada waktu malam.

Minit berganti minit. Matanya mulai merah. Sekali-sekali dia menguap lalu menampakkan beberapa batang gigi yang masih tinggal. Mengantuk. Namun digagahkan juga untuk menunggu disitu. Dia memerhati setiap kenderaan yang melintasinya. Hatinya hampa melihat tiada kenderaan yang berhenti. Dahinya berkerut risau. Jelas kelihatan kedut-kedut disekitar dahi dan matanya. Dia menunggu lagi...

Jam sudah menunjukkan 10.45 malam. Orang yang dinanti masih tidak muncul-muncul. Namun dia masih lagi setia disitu. Sungguh! Masih disitu. Tidak berganjak. Tiada siapa yang menyuruh. Tiada siapa yang mengarah. Malah, memaksa pun tidak. Dia sendiri yang mahu menunggu disitu. Dia sanggup. Walau apa pun dia rela!


****


** To ayah, Selamat Hari Bapa. Whatever i've been doing. Whoever i am today. Whoever i will be tomorrow. I just knew I loved you....

Friday, June 17, 2011

Itu Sahaja kah??


"Hello..Assalamualaikum..Tgh buat apa tuuu??Dah habis ganti puase blom??Saje je nak ingatkan bulan puase dah nak dekat.ok byee"

Letak telefon.



Erk! Tu je???

Bila Nak Letak Telefon???

Tadi Si Gadis call kampung, update cerita keluarga di kampung. Then, teringat Si Kecil. Dah lama xborak2 dengan beliau..Lalu Si Gadis mintak emak passed telefon kpd Si Kecil..

"Fina, tgh buat apa tuuu?"

"Fina buat keja sekolaahhh...pot..pet..pot..pet..pot..pet..Mak Iti tgk dakkk cerita hantu lawak tadi tuuuuuu???"

"ohhh..xtengok lahhh..bla..bla..bla.."

"alaa, kenapa xtengokk??? pot..pet..pot..pet..(lagi)"

" terlupa lah nk tengokkkk...bla..bla..bla..(sekali lagi) Fina tengok x cerita tuu?cerita lahh..."

"Fina tengok lahh..ada setiap hari Selasa..Khamis...herm...(senyap) bila Mak Iti nak letak telefon ni???Fina nk buat keja sekolahhhh..."

"erk! okay.."

Letak telefon.

Si Gadis garu kepala..

Monday, June 13, 2011

You!!! Yes, you!!!



To whom it may concern: